Make your own free website on Tripod.com
Sport Shack Sdn. Bhd.

MUKA UTAMA    LOGIN

Pengenalan

Syarikat ini ditubuhkan pada 2 Januari 2001. Pada mulanya kami hanya menyediakan kemudahan sukan bowling dan memanah sahaja. Hasilnya memberangsangkan dan kami terus mengembangkan potensi aktiviti ridah ini, dengan mengemukakan aktiviti riadah seperti "Wall Climbing", "Fitness" dan "Martial Art". Untuk aktiviti "Martial Art" kami cuma mengadakan latihan "Aikido". Kami turut menyediakan khidmat secara online, iaitu untuk urusan tempahan aktiviti sukan,dan pembelian peralatan sukan.

Kelab Aktiviti Riadah

Sekiranya anda berminat dengan kami, anda boleh menjadi ahli untuk Kelab Aktiviti Riadah ini. Pelbagai kemudahan dan potongan harga yang kami sediakan untuk mereka yang menjadi ahli.

Konsep

Kemudahan yang kami sediakan adalah sesuai untuk umum, ia juga sesuai untuk aktiviti riadah untuk anda sekeluarga. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Aspek Keselamatan

Segala peralatan kami sentiasa diperiksa mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Selain keselamatan peralatan, keselamatan pelanggan juga dikawal.

Peralatan sukan

Segala peralatan kami telah sediakan, dan pengguna boleh menyewa untuk menggunakannya. Selain untuk disewa, kami turut menjual peralatan tersebut untuk pelanggan yang mahukan "privacy".

Jurulatih

Kami turut mempunyai jurulatih-jurulatih yang profesional yang dapat membantu anda.